Azim mahu tebus hampa

Azim mahu tebus hampa

sukan@hmetro.com.my

Seremban: Pelumba kebangsaan, Abdul Azim Aliyas menyasarkan untuk merangkul pingat gangsa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 yang akan berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, bermula esok.

Atlet muda berusia 22 tahun di bawah Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan (PBNS) itu optimis impian berkenaan mampu direalisasikannya walaupun diakui bukan mudah kerana bakal berhadapan dengan pelumba handalan antaranya dari negara Jepun, Korea Selatan dan China.

Dia yang bakal beraksi dalam acara endurance (men elite point race), akan memulakan saingan pada Isnin.

“Saya mahukan pingat pada kejohanan ATC kali ini selepas impian itu tidak kesampaian pada kejohanan yang sama di New Delhi sebelum ini apabila menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top