Azfar Heri Rasa Imran Bard Hanya Bergurau Isu Ellie Suriaty

Azfar Heri Rasa Imran Bard Hanya Bergurau Isu Ellie Suriaty

Personaliti media sosial, Azfar Heri berharap kemelut antara rakan baiknya, Imran Bard dan pelakon Ellie Suriaty dapat diselesaikan secara matang.

Menurutnya, kedua-dua mereka sudah dewasa dan seharusnya dapat mencari penyelesaian tanpa konflik berpanjangan.

Azfar Heri rasa Imran Bard hanya bergurauā€¦

Azfar mengakui ada menonton video yang mencetuskan kontroversi itu. Baginya, video tersebut hanyalah satu gurauan dan dia tidak menyangka ia boleh mengguris perasaan orang lain.

Saya cuma harap mereka berdua dapat selesaikannya dengan baik sebab sudah besar, dan lagipun menjelang puasa, jadi sama-samalah berbaik.

Kami tidak sempat untuk bercerita panjang. Tetapi mengenali Imran, dia seorang yang sangat baik dan selalu ada ketika susah senang. Apa yang dia buat itu bagi saya tidak memberikan apa-apa maksud.- Katanya kepada mStar.

Ambil pengajaran, Azfar Heri turut akan lebih berhati-hati buat kontenā€¦

Selepas isu ini tular, Azfar sedar bahawa setiap kandungan yang dimuat naik boleh memberi kesan berbeza kepada individu lain.

Ia satu pengajaran dan lebih berhati-hati selepas ini. Saya kena fikir dua atau tiga kali untuk membuat hantaran. Katanya.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia media sosial, setiap kandungan yang dikongsi boleh memberi kesan besar. Gurauan bagi seseorang mungkin tidak diterima dengan baik oleh orang lain.

Jadi, sebelum memuat naik sesuatu, fikirkan kesan jangka panjangnya. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.


Scroll to Top