“Ayah Alami Tekanan Darah Tinggi, Keadaannya Stabil” – Dafi 

“Ayah Alami Tekanan Darah Tinggi, Keadaannya Stabil” – Dafi 

Penyanyi dan pelakon, Dafi Ismail Sabri memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini menerima rawatan di hospital.

Semalam, bekas Perdana Menteri Ke-9 itu dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya selepas tidak sedarkan diri di kediamannya pada awal pagi.

BACA: Netizen Terkejut Tengok Penampilan Terkini Dafi

Memetik Harian Metro, Dafi memaklumkan bapanya kini masih dalam pemantauan doktor namun berada dalam keadaan stabil.

“Namun, saya mohon pada semua untuk mendoakan keadaan kesihatan ayah saya segera pulih. Tekanan darahnya tinggi semalam dan ketika ini Alhamdulillah, sudah stabil.

“Cuma, ayah masih lagi di hospital. Sebab, dia ada mengadu sakit dada juga. Jadi, doktor perlu memantau keadaannya di wad dan memastikan dia betul-betul okay,” katanya.

Semalam, tular di media sosial gampar memaparkan Ismail Sabri sedang dirawat di sebuah hospital selepas didakwa tidak sedarkan diri.

SUMBER: Harian Metro


Scroll to Top