Awang Adek bersara Pengerusi SC, Mohammad Faiz ambil alih jawatan

Awang Adek bersara Pengerusi SC, Mohammad Faiz ambil alih jawatan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin akan bersara sebagai Pengerusi SC, berkuat kuasa 15 Jun ini.

SC dalam kenyataan berkata, beliau akan digantikan oleh bekas Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia, Datuk Mohammad Faiz Azmi yang akan memegang jawatan itu pada 16 Jun 2024.

“Mohammad Faiz kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah SC sejak 15 Ogos 2023.

“Awang Adek ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan termasuk Kementerian Kewangan, industri pasaran modal dan pelbagai pihak berkepentingan atas segala sokongan sepanjang tempoh perkhidmatan ini.

“Beliau berharap sokongan yang sama dihulurkan kepada Mohammad Faiz,” demikian menurut kenyataan.

Lembaga SC merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Awang Adek atas sumbangannya yang tidak ternilai kepada pembangunan pasaran modal Malaysia. – UTUSAN