Selepas isu dengan pelakon Ellie Suriaty hangat diperkatakan, pempengaruh Imran Bard tampil dengan video terbaharu.
Menerusi video tersebut, Imran bertindak menjadi juri bagi program nyanyian seperti yang dilakukannya sebelum ini.
Namun, menerusi video parodi kali ini, dia tampil mempersoalkan sama ada peserta tersebut mengambil vaksin atau tidak.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, warganet mendakwa dab mula ‘memetik’ nama aktres Rita Rudaini susulan teguran yang diberikan sebelum ini.
Menjengah ke ruangan balas, terdapat segelintir netizen tampil menegur tindakan Imran yang didakwa sengaja memanjangkan isu panas tersebut.
Terdahulu, Ellie Suriaty atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar telah mengadakan sidang media pada petang Khamis untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kandungan yang dihasilkan oleh Imran Bard.
Menurut Ellie, kandungan tersebut dianggap telah merendahkan reputasi yang telah dibina selama lebih tiga dekad sebagai seorang anak seni.
Dalam pertemuan dengan media, Ellie turut menuntut agar ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas tindakan pempengaruh tersebut.
Terbaharu, pelakon Rita Rudaini juga tampil menegur tindakan tidak beradab Imran apabila membuat permohonan maaf dengan menggelar Ellie sebagai ‘Mak Cik’.
ARTIKEL BERKAITAN:Imran Bard Respons Tuntutan Ellie Suriaty Minta Ibu Bapa Minta Maaf – “Saya Hormat Dia Sebagai Orang Tua”
ARTIKEL BERKAITAN: Maruah Tercalar, Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Minta Maaf – “Saya Tak Reda & Dah Buat Laporan Polis!”
ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Asiah Jalil Persoalkan Tindakan Ellie Suriaty Minta Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf – “Tiada Apa Yang Fitnah Dalam Video Parodi Itu”