Aura, kepakaran Klopp akan lonjak prestasi Red Bull

Aura, kepakaran Klopp akan lonjak prestasi Red Bull

Berlin: Jurulatih RB Leipzig, Marco Rose berkata, Jurgen Klopp, yang dilantik sebagai ketua bola sepak bagi syarikat Red Bull, memiliki ‘kepakaran dan aura’ untuk melonjakkan kelab.

Klopp yang pernah membimbing Liverpool, Borussia Dortmund dan Mainz akan bermula sebagai ketua operasi bola sepak di Red Bull, yang memiliki kelab RB Leipzig, Salzburg dan New York, bermula 2025.

Rose yang bermain di bawah kendalian Klopp di Mainz selama enam tahun dan sebelum ini bercerita mengenai pengaruhnya dalam karier kejurulatihannya, berkata ia adalah bonus sebenar dan perolehan yang hebat.

“Aura dan kepakarannya akan menguntungkan dan membantu kami,” kata Rose kepada laman web Bundesliga.

“Dia bukan saja menang gelaran, tetapi turut melalui tempoh sukar.

“Kami tersingkir di Mainz. Dia gagal menang piala pada tahun pertama dan kedua di Dortmund.

“Malah di Liverpool, dia bekerja untuk membangunkan, menggabungkan pasukan yang sesuai dengannya. Akhirnya, ia membawa hasil lumayan.”

Klopp memenangi piala berturut-turut di Bundesliga bersama Dortmund sebelum berpindah ke Liverpool.

Bersama Liverpool, Klopp menang beberapa gelaran utama termasuk Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top