Athens: Salji lebat dan suhu menjunam menyebabkan penutupan sekolah dan kedai di ibu negara Greece pada hari Isnin.
Trafik turut terhenti di beberapa jalan taua ketika ribut Barbara melanda seluruh negara, menyelubungi ibu negara.
Beberapa stesen metro berhampiran lapangan terbang antarabangsa bandar itu juga ditutup dan laluan kereta api ke Thessaloniki digantung sementara.
Keadaan sejuk dijangka berlarutan sehingga Selasa dan menjejaskan wilayah timur dan selatan, termasuk pulau Crete.
Salji tebal jarang berlaku di ibu negara Greece tetapi negara itu kini dilanda cuaca ekstrem untuk musim sejuk ketiga berturut-turut.
© New Straits Times Press (M) Bhd