Asyik Bercinta! Ameera Khan Sedia ‘Hadiah’ Istimewa Buat Jefri Nichol

Asyik Bercinta! Ameera Khan Sedia ‘Hadiah’ Istimewa Buat Jefri Nichol

Pempengaruh popular, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian selepas bertindak menyediakan hadiah istimewa buat kekasih hatinya, Jefri Nichol.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ameera memaklumkan dia kini sedang  sibuk bekerja di luar negara dan mengambil masa untuk berehat seketika.

Katanya, walaupun sibuk, dia sempat mencari hadiah untuk diberikan kepada aktor popular Indonesia itu.

Lebih menarik, hadiah istimewa yang diberikan itu adalah dari barangan berjenama mewah antarabangsa.

“Saya sudah berada didalam bilik hampir 5 jam. Bunyinya agak pelik tapi saya perlukan masa untuk bersendirian.

“Sementara itu jom kita tengok apa yang saya belikan untuk Nichol. Saya ada t-shirt berjenama Margiela, beanie berjenama Ami yang tertera huruf ‘A’ dan tali pinggang jenama sama.

“Nanti semua orang boleh nampak huruf ‘A’. Sumpah saya bukan psiko. Cuma saya suka benda-benda yang menarik seperti ini,” katanya.

@atyyyyyyyyyyyyy

You are not psycho girl but you are deeply in love and possessive just like your boyfriend , Nichol🤪🤭🥰🥰🥰#LOVE #ameera #nichol #meerachol

♬ original sound – atyyyyyyyyyyyyy🇲🇾 – atyyyyyyyyyyyyy🇲🇾

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Bahkan, ramai yang boleh relate dengan situasi yang dihadapi Ameera kini.

Scroll to Top