rnoraina@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di Jalan Ayer Jerneh di sini, terbakar malam ini.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pasukannya sudah digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.
“Usaha memadamkan kebakaran sedang giat dijalankan,” katanya.
Katanya, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terbabit kejadian itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd