22 Februari 2025 08:21pm
Masa membaca: 4 minit

Marco Rubio – Foto Agensi
MOSCOW – Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi ‘bersejarah’ mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Februari, kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Presiden AS, Donald Trump komited untuk menamatkan konflik di Ukraine, kata Rubio menerusi platform X. Beliau menegaskan bahawa pada 24 Februari, AS akan mengemukakan resolusi bersejarah kepada Perhimpunan Agung PBB yang seharusnya mendapat sokongan semua negara anggota PBB.
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS, resolusi itu sejajar dengan pandangan Trump bahawa PBB harus kembali kepada matlamat asas seperti yang termaktub dalam Piagam PBB, iaitu mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, termasuk melalui penyelesaian pertikaian secara aman. – Bernama