Penyanyi Zamani mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk menjadi duta bagi sebuah syarikat tidak dikenali serta ditawarkan dengan bayaran lumayan.
Memetik Gempak, bagaimanapun, Zamani berkata dia menolak tawaran berkenaan kerana rasa ragu meskipun tawaran ditawarkan luar biasa.
BACA: Zamani Belum Boleh Mencangkung, Masih Solat Duduk
“Ada sahaja tawaran diterima, tapi saya dan pengurus berhati-hati. Misalnya, tawaran buat persembahan. Kami akan pastikan dahulu, jangan main ambil sahaja.
“Baru-baru ini, saya ada terima tawaran mengerjakan umrah, siapkan sediakan duit poket. Saya tahu syarikat berkenaan mahu saya tarik orang pergi, jadi sanggup taja dan beri duit poket. Macam luar biasa. Saya akui, ini peluang baik, tapi saya tolak,” katanya.
Sementara itu, Zamani b erkata dia dan pengurusnya akan sentiasa berhati-hati sebelum setuju menerima tawaran untuk bergelar duta mana-mana syarikat.
Tambahnya, Zamani turut kasihan dengan artis yang tidak terbabit serta tidak tahu apa-apa namun dipanggil untuk soal siasat.
“Saya berhati-hati kerana tak mahu terbabit dengan masalah. Kita nampak apa yang berlaku, jadi kasihan artis yang tidak terbabit.
“Artis tak salah dan tak tahu apa-apa, tapi tiba-tiba kena soal siasat. Ia menjejaskan nama. Ada beberapa rakan artis yang pernah terkena, jadi saya kasihan mereka jadi mangsa.
“Tak perlulah kita siasat sampai ke akar umbi, tapi sedikit sebanyak kena ambil tahu. Sebabnya, penghujung kita juga akan ditarik jika timbul dakwaan,” katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan dua selebriti dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes syarikat perunding kewangan didakwa terbabit rasuah dan pengubahan wang haram.
SUMBER: Astro Gempak