Arsenal kena ‘titik’ dengan Newcastle

Arsenal kena ‘titik’ dengan Newcastle

ARSENAL mati akal ketika turun menentang Newcastle United dalam aksi separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di St James’ Park pada Khamis.

Jentera serangan The Gunners kelihatan tumpul, manakala corak bertahan kelab kendalian Mikel Arteta itu pula boleh dipertikaikan apabila melepaskan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Dua gol pada setiap babak menerusi Jacob Murphy dan Anthony Gordon memastikan tuan rumah meneruskan kemaraan ke pentas final menerusi agregat 4-0.

Newcastle yang tidak menang sebarang trofi utama sejak tahun 1955, menundukkan Arsenal 2-0 dalam pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Emirates pada 8 Januari lalu.

Bagi Arsenal, peluang mereka untuk meraih trofi musim ini belum tertutup kerana masih bersaing dalam perebutan Liga Perdana Inggeris (EPL) selain mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Menanti Newcastle di perlawanan akhir ialah pemenang separuh akhir kedua antara Liverpool dan Tottenham Hotspur yang beraksi di Anfiled awal pagi esok.

Spurs bertandang ke kubu The Reds dengan bekalan tipis 1-0.

Scroll to Top