Arak seludup bernilai RM1.33 juta dirampas [METROTV]

Arak seludup bernilai RM1.33 juta dirampas [METROTV]

Subang Jaya: Sindiket penyeludupan arak dikesan menjadikan sebuah rumah ibadat di Putra Height, di sini, sebagai tempat penyimpanan sementara.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, pihaknya membuat serbuan di rumah ibadat berkenaan jam 10.40 pagi tadi.

“Dalam serbuan itu, kami menahan seorang lelaki tempatan dan dua lelaki Myanmar berusia antara 30 hingga 55 tahun.

“Kami merampas 52,704 tin minuman keras pelbagai jenis membabitkan 24,760.80 liter dianggarkan bernilai RM1.33 juta dalam serbuan itu,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, hari ini.

Muhammad berkata, siasatan awal mendapati bekalan arak itu dipercayai diimport untuk pasaran tempatan.

“Kami percaya arak ini dijual pada harga lebih murah di sekitar Lembah Klang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal dilakukan, pihaknya percaya pihak pengurusan rumah ibadat tidak terbabit dengan kegiatan berkenaan.

MUHAMMAD bercakap kepada wartawan selepas serbuan sebuah rumah ibadat yang dijadikan tempat penyimpanan arak diseludup. FOTO Asyraf Hamzah

“Kami percaya kegiatan sindiket itu menggunakan rumah ibadat sebagai tempat penyimpanan adalah bersifat sementara.

“Mungkin mereka (pihak pengurusan rumah ibadat) dimanipulasi oleh sindiket berkenaan untuk mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Scroll to Top