Aqil Zulkiflee kini suami orang, selamat bernikah dengan gadis pilihan

Aqil Zulkiflee kini suami orang, selamat bernikah dengan gadis pilihan

YouTuber terkenal, Aqil Zulkiflee kini suami orang apabila selamat bernikah dengan gadis pilihannya sebentar tadi.

Menerusi perkongsian yang dibuat akan TikTok Faridismproduction, Aqil telah memberikan mas kahwin sebanyak RM100 kepada Nur Iliyaa Jasmina Roslan.

@faridismproduction

Selamat Pengantin Baru Aqil & Iliyaaa 🥰 #fyp #malaywedding #aqilzulkiflee #aqiliya

♬ suono originale – sophia ★

Aqil Zulkiflee kini suami orang, beri mas kahwin sebanyak RM100

YouTuber yang sangat terkenal dalam kalangan kanak-kanak ini turut membuat siaran langsung di saluran YouTube serta TikTok miliknya sewaktu sesi ijab dan qabul berjalan.

Dia juga sempat memuat naik video sewaktu dalam perjalanan menuju pernikahan dan menulis kapsyen ringkas ‘Bismillah’ sebelum bergelar seorang suami.

@aqilzulkiflee

Bismillah ❤️

♬ Wedding – nxsheedz2

Artikel lain: Aqil Zulkiflee kini tunangan gadis cantik, peminat cilik patah hati

Aqil Zulkiflee kini suami orang, ramai ucap tahniah

Perkongsian pempengaruh berkenaan telah mendapat pelbagai komen yang rata-rata mengucapkan tahniah diatas pernikahannya itu.

Ada juga yang mengatakan mungkin kali ini penonton kanak-kanaknya akan lebih ‘patah hati’ seperti beberapa bulan yang lepas sewaktu mengetahui Aqil sudahpun bertunang.

Peminat kanak2 mulai kecewa

Ada yang tak sanggup tengok live nikah

 

Ibu risau anak broken

Aqil Zulkiflee kini suami orang

Sekadar info, Aqil atau nama sebenarnya,  Ahmad Aqil Zulkiflee, 28 telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan sekitar April lalu.

Perkongsian gambar serta video ketika majlis berkenaan telah menuai pelbagai komen daripada peminat kanak-kanaknya yang terkejut serta tidak dapat menerima bahawa pempengaruh kegemaran mereka bakal berkahwin.

Sumber: TikTok faridismproduction, aqilzulkiflee