am@hmetro.com.my
Tuaran: Rangkaian Ahli Parlimen Asean untuk Hak Asasi Manusia (APHR) akan digunakan bagi membantu keluarga mangsa sindiketsindiket pemerdagangan orang di Myanmar.
Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, beliau akan menghubungi ahli parlimen dari negara berkaitan berhubung perkara itu.
“Di peringkat saya, selaku Ahli Parlimen Tuaran, saya juga adalah ahli organisasi APHR dan melaluinya, kita akan gunakan rangkaian yang ada seperti di Thailand, Myanmar, Kemboja dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.
Beliau turut menegaskan kepada orang ramai agar meneliti kawasan atau luar negara terdahulu berdasarkan sumber tepat sebelum membuat keputusan untuk pergi melancong atau bekerja.
Khamis lalu, media melaporkan kisah seorang ibu warga tempatan mahu dikenali Nur, 51, memohon bantuan pelbagai pihak untuk menyelamatkan anaknya yang mesra dipanggil Lieyco, 30, yang gagal dihubungi dan dipercayai berada di Tachileik, Myanmar.
© New Straits Times Press (M) Bhd