“Apa Salahnya Kita Potong Usus” – Anim Ezati Tegur Pempengaruh Malu Mengaku Buat Pembedahan Bariatrik

“Apa Salahnya Kita Potong Usus” – Anim Ezati Tegur Pempengaruh Malu Mengaku Buat Pembedahan Bariatrik

“Saya tak faham kenapa malu sangat nak mengaku yang kau buat bariatrik?”.

Demikian luahan pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati apabila tampil mengulas mengenai bentuk badan seorang pempengaruh popular yang  kian hangat diperkatakan baru-baru ini susulan isu pembantu rumahnya.

Kata Anim, sebagai seorang yang pernah melakukan pembedahan bariatrik tiga tahun lepas, pembedahan itu bukan dilakukan hanya keran mahukan bentuk badan ideal tetapi perlu menjalani fasa rawatan ‘endoscopy’ dan nasihat daripada doktor.

“Sebagai seorang yang pernah melakukan bariatrik, aku rasa macam kenapa kau perlu menipu bila kau dah buat pembedahan tu? Sebab bagi aku buat bariatrik tu adalah sebab kau mampu dan kau layak. Malah doktor sendiri nasihatkan yang kau mampu. Tak ada masalah.

“Aku tak faham kenapa kau malu sangat nak mengaku kau buat bariatrik dan aku tak faham kenapa ada orang cakap ‘Sebenarnya kau buat bariatrik? It’s okay. Mereka mampu dan lagi bagus buat bariatrik daripada makan ubat kurus yang tak tahu asal usul dia,” katanya.

Anim berkata demikian menerusi sepotoing video pendek yang dimuat naik di ruangan TikTok miliknya.

@animezati If kita nak kuyus, nak cantik, kita mampu. Why not? Untuk kesihatan kita, untuk diri kita sendiri. Jangan buat untuk orang lain! If we happy, we happy. And we shud educate people on apa sebenarnya prosedur bariatrik/“potong usus” ni sebenarnya! This procedure tak salah, tapi kita yang put a stigma on it. 😔 #bariatricsurgery #safebariatricsurgery #drtikfugee , Korang nak tahu lebih tentang procedure ni better korang tanya Dr @Dato’ Dr Tikfu Gee ♬ original sound – Anim Ezati

Tidak habis disitu, pengacara Malaysia Hari Ini itu juga mengambil kesempatan menegur tindakan ‘penipuan’ segelintir pempengaruh yang menjual produk kecantikan selepas menjalani pembedahan bariatrik.

“Dan kepada sesiapa yang nak mengambil kesempatan daripada isu macam tu, engkau tahu netizen ni senang nak dapat tahu, nak korek senang, jadi kau tak payahlah menjadikan alasan-alasan itu sebenarnya.

“Kalau kata nak jual produk selepas dah kurus, senang sahaja, buat bariatrik boleh naik berat badan lagi. Kalau nak maintain, nak konsisten dengan berat badan sedia ada anda kena amalkan makanan tambahan,”jelasnya.

 

Scroll to Top