Anzalna Nasir Dedah Kawan Pinjam Duit Buat-Buat Lupa

Anzalna Nasir Dedah Kawan Pinjam Duit Buat-Buat Lupa

Sebelum ni pelawak, Zizan Razak meluahkan rasa kecewanya apabila ramai kenalan rapatnya buat-buat lupa tentang hutang yang mereka lakukan. Kini, pelakon Anzalna Nasir pula mendedahkan perkara sama.

Katanya, dia mengalami kerugian akibat terlalu pemurah meminjamkan wang kepada rakan-rakannya. Namun, selepas bertahun-tahun, masih tiada tanda-tanda mereka mahu membayar balik.

Menurut Anzalna, ada di antara mereka yang sudah berhutang sejak lima tahun lalu dan langsung tidak menghubunginya.

BACA: Zizan Razak Rugi Jutaan Ringgit, Orang Terdekat Hutang Tapi Lari Nak Bayar

“Mungkin dah meninggal kot sebab senyap je” – Anzalna Nasir.

anzalna nasir

Menerusi Instagram Story, Anzalna meluahkan rasa kecewa kerana malu untuk menuntut semula. Dia menganggap rakan-rakannya sepatutnya sedar sendiri tanpa perlu diingatkan. Orang yang bagi pinjam pula rasa malu nak minta ya, kesian Anzalna.

Saya pun ada kawan-kawan yang berhutang dan tak reti bayar. Saya senyap sebab malu nak minta sebab ingatkan mereka boleh fikir sendiri, tapi masing-masing senyap. Dah lima tahun senyap, mungkin sudah meninggal kot sebab itu senyap sahaja.

Luahan Anzalna ini dibuat selepas membaca artikel mengenai Zizan Razak.

Anzalna Nasir pelik ada yang muncul tiba-tiba semata nak pinjam duit…

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga mengakui dirinya mudah bersimpati setiap kali rakan-rakan lama tiba-tiba muncul membawa kisah sedih.

20 tahun tak berhubung, tiba-tiba muncul, ingatkan rindu, rupanya nak pinjam duit. Bila dengar cerita merintih dia, saya pun jadi kesian, terus bagi pinjam duit. Lepas dapat duit terus hilang. Hebat hidup awak.

#ApaKataOhmedia

Hati-hati dalam meminjamkan duit kepada rakan atau keluarga! Jangan sampai dipergunakan atas dasar simpati. Pastikan ada hitam putih dan fikir dahulu sebelum memberi pinjaman, sebab tak semua orang tahu erti tanggungjawab.


Scroll to Top