Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan kumpulan pesawah yang merancang untuk menyerahkan memorandum kepadanya esok supaya memilih masa yang lebih sesuai.
Menurut laporan Kosmo, perkara ini diminta kerana esok merupakan lawatan rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ke Malaysia atas undangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Anwar, acara tersebut adalah urusan penting yang melibatkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Jika nak berurusan tetapkan masa yang sesuai, tetapi saya tidak setuju sama sekali untuk diadakan perhimpunan mengganggu perjalanan dan urusan lawatan rasmi negara Presiden Indonesia.
Anwar Ibrahim minta hormati protokol dan majlis negara
Anwar turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati protokol dan majlis rasmi negara sahabat, sambil memberi jaminan bahawa Polis Diraja Malaysia akan membantu mengawal keadaan jika perlu.
Beliau juga menegaskan yang perhimpunan aman dibenarkan, tetapi meminta agar tidak mengganggu acara diplomatik.
Nak ada perhimpunan aman silakan, tapi janganlah ambil kesempatan itu untuk mengganggu, apa lagi majlis rasmi negara.
Pesawah mahu harga lantai padi dinaikkan
Dilaporkan lebih 1,000 pesawah dari seluruh negara akan berkumpul di Putrajaya esok untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob berkata tuntutan utama mereka adalah untuk menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,800 bagi satu tan metrik.
#OhmediaNasihat
Hormat-menghormati adalah asas hubungan baik, termasuk dengan negara sahabat. Jika ada tuntutan atau isu, gunakan saluran yang betul dan pilih masa yang tepat supaya mesej sampai tanpa menjejaskan kepentingan bersama.