Anwar hadir beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Pak Lah

Anwar hadir beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Pak Lah

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba di pekarangan Masjid Negara 1 tengah hari sebelum menuju ke Dewan Solat Utama yang menempatkan jenazah Perdana Menteri kelima.

Beliau kemudiannya menyertai solat jenazah bersama barisan pemimpin kepimpinan kerajaan.

Turut dilihat hadir memberikan penghormatan terakhir adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selain itu, hadir sama adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Abdullah, 85, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi.

IJN dalam kenyataan memaklumkan bahawa beliau dimasukkan ke hospital itu pagi Ahad selepas mengalami kesukaran bernafas.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top