Anna Jobling menang lagi, guna strategi ‘zoom meeting’ dengan peminat

Anna Jobling menang lagi, guna strategi ‘zoom meeting’ dengan peminat

SHAH ALAM: Mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut, pelakon, Anna Jobling sekali lagi membawa pulang trofi utama Gempak Most Wanted Award 2024 (GMWA 24) pada Ahad.

Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul, 24, berjaya meraih undian sebanyak 4.8 juta berbanding  1.5 juta undian pada tahun lalu.

Tidak hanya itu, pelakon Laut Tengah itu turut membawa pulang dua lagi kemenangan menerusi kategori Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak menerusi Syurga Itu Bukan Mudah.

“Sebenarnya saya tidak berkempen sangat cuma saya beri kata semangat kepada peminat. Saya kata, jika mereka tidak mahu undi pun tidak mengapa kerana saya tahu mereka ada yang tidur malam mengundi. 

“Namun mereka sangat sayangkan saya, mereka mahu berusaha yang terbaik untuk beri kemenangan ini kepada saya,” katanya. 

Anna ditemui Utusan Malaysia semasa sesi sidang media yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada Ahad.

Bercerita mengenai hubungan akrab bersama peminat, Anna memastikan dirinya meluangkan masa dengan mengadakan aktiviti bersama-sama ahli kelab peminatnya, Anna Jobling Official Fan Club.

“Apa yang saya boleh cakap, sebagai artis kita kena baik dengan peminat. Tanya mereka kita tidak akan kemana-mana.

“Saya selalu akan aturkan aktiviti bersama mereka kadang kami main boling bersama atau pergi makan. Kalau masa tidak mengizinkan, saya akan adakan ‘zoom meeting’ setiap bulan.

“Apapun, saya akan cuba luangkan masa kereka hanya perlukan kasih sayang daripada saya,” tambahnya.

Selain Anna, antara yang turut membawa pulang trofi pada malam tersebut ialah Ryan Bakery (Digital Creator Entertainment Tergempak), Khairulaming (Digital Creator Foodie Tergempak), Fathi Hussein (Digital Creator Motivation and Education Tergempak) serta Pok Ro (Digital Creator E-sport Tergempak).

Anugerah terbaharu Wira Wonda Keluang Man of The Year yang diwjudkan bagi memberi penghargaan kepada individu berbakti kepada masyarakat diberikan kepada Abbe Hae. 

Manakala Aina Abdul turut membawa pulang trofi Lagu/ Audio Tergempak menerusi lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu bersama Fabio Asher. -UTUSAN

 

Recent Posts

Scroll to Top