
Gempa bumi kuat magnitud 7.7 yang melanda Myanmar, mengorbankan 1,644 orang, mencederakan 3,408, dan 139 masih hilang. Foto Xinhua
YANGON – Seramai 1,644 orang terkorban, 3,408 cedera dan 139 lagi masih hilang akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara pada Sabtu malam.
Gempa bumi dengan magnitud 7.7 itu melanda negara Asia Tenggara itu pada Jumaat, dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing, dan Nay Pyi Taw antara kawasan yang paling teruk terjejas.
Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, tiba di Mandalay dengan helikopter pada pagi Sabtu untuk meninjau kawasan yang terjejas teruk, menurut Radio dan Televisyen Myanmar.
Min Aung Hlaing turut menyeru bantuan antarabangsa pada Jumaat. – Bernama -Xinhua