Anggap macam cucu sendiri, pak guard pimpin kanak2 turun tangga dipuji ramai

Anggap macam cucu sendiri, pak guard pimpin kanak2 turun tangga dipuji ramai

Tindakan seorang pak guard pimpin kanak-kanak turun dari tangga telah mendapat pujian ramai apabila bantuan yang diberi seperti sedang menjaga cucu sendiri.

Menerusi perkongsian dari pengguna TikTok dikenali sebagai eshal_nashwa16, pengawal keselamatan tersebut dilihat menghampiri kanak-kanak berkenaan yang seperti ragu-ragu untuk turun dari tangga menuju ke pintu pagar.

Pak guard pimpin kanak-kanak turun tangga

Pak guard berkenaan terus bergerak cepat menghulurkan tangan dan memimpin kanak-kanak berkenaan turun dan membawanya sehingga ke pintu pagar sebelum dijemput oleh penjaga selepas selesai sesi pembelajaran.

Pak guard pimpin kanak2 sampai ke pintu pagar

Pengguna TikTok juga telah memuat naik video tersebut dengan meninggalkan kapsyen mengucapkan mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan berkenaan.

Difahamkan, mereka telah menganggap pak guard berbangsa India itu seperti datuk sendiri apabila merasakan momen tersebut sama seperti kasih sayang seorang datuk.

Pak guard pimpin

Artikel lain: Tak beri laluan murid melintas? Kereta Alza disepak pengawal sekolah

Comel betul mereka berdua

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing berasa bahagia melihat momen cukup berharga itu.

 

Kita tak perlu tengok perbezaan untuk berbuat baik

Dia pimpin kanak2 tu penuh rasa kebapaan

Semoga kita dan anak-anak kita semua terus dipertemukan dengan orang-orang baik seperti ini dan sentiasa menghulurkan bantuan seperti keluarga sendiri.

Sumber: TikTok eshal_nashwa16

Scroll to Top