Ancaman ulat bungkus, kementerian mohon peruntukan khas

Ancaman ulat bungkus, kementerian mohon peruntukan khas

BERUAS: Kementerian Perladangan dan Komoditi akan memohon peruntukan khas dalam Belanjawan 2025 bagi menangani masalah ulat bungkus yang mengancam penanaman sawit di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin, berkata peruntukan khas itu penting memandangkan serangan ulat bungkus boleh mengakibatkan penurunan keuntungan hasil minyak sawit hampir separuh sekali gus memberi impak kewangan serius khususnya kepada pekebun kecil.

ā€œBuat masa ini, kita bercadang memohon peruntukan khas sekurang-kurangnya RM10 juta dalam belanjawan tahun depan, sebagai persediaan menghadapi ancaman ulat bungkus

ā€œPeruntukan itu akan digunakan untuk semburan racun perosak biologi (biopestisid) menggunakan bakteria ā€˜Bacillus thuringiensis (Bt)ā€™ melalui udara terhadap pokok sawit yang diserang ulat bungkus,ā€ katanya selepas melakukan lawatan kerja melihat operasi semburan udara Bt menggunakan helikopter di Kampung Banjar, dekat sini hari ini.

Menurut Foong Hin, kos untuk melakukan semburan menggunakan helikopter itu agak tinggi iaitu sekitar RM100,000 sehari bagi meliputi kawasan seluas 500 hektar, yang tidak mampu ditanggung pekebun kecil.

Jelasnya, inisiatif Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setakat ini berjaya mengurangkan populasi ulat bungkus di ladang sawit, contohnya serangan haiwan perosak itu di kawasan seluas 19,000 hektar di Johor, berjaya dikurangkan kepada 2,000 hektar tahun ini.

Pada masa sama, kata beliau, populasi ulat bungkus di Perak telah berjaya dikurangkan kepada 95 peratus sebelum ini.

ā€œBagaimanapun, saya dimaklumkan terdapat kawasan serangan baharu ulat bungkus di Perak meliputi kawasan kelapa sawit seluas 6,500 hektar,ā€ jelasnya.

Justeru, kerajaan memanĀ­dang serius isu tersebut bagi mengelak serangan ulat bungkus merebak, seperti melakukan semburan Bt melalui udara di kawasan Beruas tersebut, selain merancang melakukan inisiatif sama di daerah Bagan Datuk dekat sini serta di Pegoh, Johor.