Anak Sumber Kekuatan, Syamsul Yusof Peluk Erat Sumayyah – “Bergantung Hanya Pada Allah Seindah Namamu”

Anak Sumber Kekuatan, Syamsul Yusof Peluk Erat Sumayyah – “Bergantung Hanya Pada Allah Seindah Namamu”

Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek di laman media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syamsul kelihatan sedang berada di lokasi penggambaran bagi filem terbaharunya berjudul, Khawarij sebelum didatangi anak bongsunya, Sumayyah.

Momen gembira itu memperlihatkan Syamsul memeluk dan mencium Sumayyah sebelum melayan anaknya itu di set penggambaran.

“Bergantung hanya pada Allah seindah namamu wahai Sumayyah ku,” tulisnya pad akapsyen berkenaan.

Dalam hantaran sama juga, pengarah box office filem bergenre seram, Munafik itu turut menyertakan tanda pagar #myheart pada perkongsian tesebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak sekaligus menyifatkan momen indah tersebut sebagai satu perkara yang sangat berharga buat Syamsul dan anaknya.

Bahkan, ramai yang mendoakan agar kebahagiaan yang ditunjukkan berkekalan hingga ke akhir hayat.