Anak muda, perubahan tanpa usaha hanyalah sia-sia!

Anak muda, perubahan tanpa usaha hanyalah sia-sia!

RAMAI di kalangan kita menginginkan menjadi versi lebih baik. Tetapi ramai juga antara kita yang gagal mencapai apa yang diingini.

Mengapa?

Banyak faktor yang menjurus ke arah kegagalan tersebut, salah satunya adalah ‘mindset’ mengenai perubahan itu sendiri.

Kebanyakan dari kita mungkin tanpa sedar telah meletakkan ‘perubahan’ hanya sekadar satu bentuk keazaman atau kesedaran.

Maka perubahan yang dimaksudkan hanya akan dilihat sebagai satu nilai. Hakikatnya, untuk berubah perlukan usaha.

Advertisement

Maka, perubahan yang sebenar adalah satu bentuk ‘perbuatan’ dan ia bukanlah sekadar satu nilai semata-mata.

Apabila kita melihat ‘perubahan’ sebagai satu perbuatan, kita akan sedar keperluan untuk menggerakkan proses perubahan tersebut.

Sebagai contoh,

Jika kita selalu bangun lewat, penambahbaikannya adalah kita perlu bangun awal.

Tetapi tidak cukup sekadar sedar akan keperluan perubahan tersebut namun ia perlulah disertakan dengan tindakan.

Di situlah proses perubahan diterjemahkan dalam bentuk perbuatan seperti mengunci alarm dan sebagainya.

Jika kita beranggapan bahawa perubahan hanyalah suatu keazaman atau kesedaran, maka kita tidak dapat menghitung bagaimanakah perubahan itu berlaku.

Akhirnya kita akan kekal pada versi yang sama.

Perubahan tanpa usaha hanyalah sia-sia. Tanpa perbuatan, perubahan ibarat angan-angan yang menyedapkan hati, namun tiada makna di kemudian hari.

Oleh itu, sentiasalah ingat perubahan merupakan sebuah proses yang berlaku hanya dengan adanya perbuatan.

Jika ingin berubah, buatlah sesuatu!

ALLIA SAIFUL BAHRI
Projek Anak Muda Islam (PAMI) – HARAKAHDAILY 30/1/2024

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.