Anak Felda bukti mampu jadi usahawan berjaya

Anak Felda bukti mampu jadi usahawan berjaya

KUALA LUMPUR – Siapa sangka anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) juga mampu melakar kejayaan dan kecemerlangan hasil keringat mereka untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Siti Aisah Muhamad Hamim yang merupakan anak jati Felda Renong di Segamat, Johor kini berjaya menjadi usahawan berjaya apabila membina legasi sendiri dengan menubuhkan Zafesha Network & Marketing Sdn. Bhd. yang mengeluarkan produk berjenama Zafesha Simply.

Beliau bukan keseorangan kerana turut dibantu suami, Afizam Abdul Aziz, 43, yang juga kelahiran Felda sama bertindak sebagai pengarah syarikat.

Bermula sebagai jururawat dan kakitangan kerajaan pasangan suami isteri ini mengorak langkah berani dalam bidang keusahawanan.

Namun dugaan menimpa mereka apabila berdepan kerugian sebanyak setengah juta ringgit pada 2014.

Bagaimanapun hari ini, Siti Aisah berjaya bangkit membina empayar perniagaan mereka dengan melahirkan enam jutawan baharu menerusi rangkaian produk keluarannya.

“Saya mula menceburi pelbagai jenis perniagaan seperti bisnes kad kahwin, katering dan perancang kewangan secara offline dan pernah meniaga makanan seperti char kuey tiau dan asam pedas.

“Malah saya dan suami hanya bermula sebagai ejen jualan produk lain  sebelum mengeluarkan jenama perniagaan sendiri pada tahun 2018,” katanya yang berusia 40 tahun.

Zafesha Simply kini memiliki 12 produk penjagaan kulit namun di mana produk alas bedak atau foundation yang menjadi produk terlaris kerana mengekalkan bahan-bahan semulajadi seperti minyak argan.

Apa yang membanggakan, produk jenama tempatan itu telah menembusi pasaran Singapura dan Brunei dengan memiliki lebih 5,000 pengguna pelanggan.

Ketika ini, penyanyi popular Alyah merupakan duta produk tersebut.

Mengulas lanjut, Siti Aisah dan Afizam kini komited mahu bantu lebih ramai usahawan membina kejayaan lebih ramai individy yang ingin mengubah hidup mereka sepanjang ahun 2022.

“Kalau tahun 2021, kami berjaya melahirkan enam orang jutawan jualan namun pada 2022 kami menyasarkan 20 orang jutawan.

“Pada masa sama, kami juga menyasarkan untuk melahirkan usahawan baharu seramai 10,000 orang,” katanya.

Siti Aisah pernah bergelar jururawat sebelum memilih bidang keusahawanan.

Siti Aisah menamabah, antara keunikan produknya adalah 70 peratus ejen ketika ini pada asalnya terdiri daripada pelanggan setia dan kemudiannya mengambil keputusan menjual produk sama.

Kata beliau, mereka antara golongan suri rumah berumur 35 tahun dan ke atas selain daripada wanita yang ingin mencari pendapatan tambahan.

“Pada masa sama, berbeza dengan pengeluar produk lain, kami turut membina sebuah akademi aatihan bagi melatih ejen jualan mengenai ilmu perniagaan yang lebih luas seperti pengurusan bisnes, kewangan, cukai dan pelaburan.

“Ejen juga akan dibantu dengan sokongan ilmu pemasaran secara online dan offline kerana kami mahu mereka bukan setakat menjana pendapatan tambahan tapi juga boleh mengembangkan bisnes ke tingkat yang lebih tinggi seperti memilik syarikat dan bekerjasama dengan kami pada masa akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top