Pempengaruh dan usahawan, Syifa Melvin meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila anak lelakinya, Saif Sulaiman disamakan dengan binatang.
Kata Syifa, tindakan kurang ajar individu berkenaan membuatkan dia berasa geram dan mahu mencari individu tersebut walau dengan cara apa sekalipun.
“Wahai hackers Malaysia, tolong cari siapa budak ni. Anak haram siapa.
“Tak puas hati tapi pakai akaun fake. Aku dapat kau, muka kau aku seret atas jalan.
“Bab anak aku, family aku kau jangan sentuh tau bar*a. Kau sakit mental bukan masalah aku. Aku memang akan cari b*bi tu sampai jumpa!,” katanya.
Perkara itu dikongsi Syifa menerusi hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Syifa turut memaparkan tangkap layar pesanan mesej langsung (DM) yang diterimanya daripada individu tersebut.
Bengang dengan tindakan tidak bertanggung jawab itu, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid ini bersedia untuk memberikan pengajaran terhadap pengguna media sosial berkenaan.
“Kau budak-budak ke? Kau terencat akal ke? Tak matang ke? Mari sini aku ajar kau bab adab dengan cara jadi matang. Mungkin mak bapak kau tak ajar.
“Mengggeletar dah ni nak ajar kau. Tolong Syifa cari,” jelasnya.
Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi Rashid pada 28 November 2022.
Dan, pada September tahun lalu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia setahun.