Anak Bongsu Meninggal Dunia Dalam Tidur, Che Ta Mohon Beri Ruang Buat Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Anak Bongsu Meninggal Dunia Dalam Tidur, Che Ta Mohon Beri Ruang Buat Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta memaklumkan, anak saudaranya iaitu Muhammad Aisy Al Raes Mohd Zaquan Adha meninggal dunia semasa tidur kira-kita jam 1 petang pada Selasa.

Berkongsi berita duka tersebut, Che Ta berkata, adiknya yang juga pelakon Ayu Raudhah terus menghubungi ambulans selepas mendapati anaknya yang berusia enam bulan itu tidak sedarkan diri di kediaman mereka yang terletak di Negeri Sembilan.

“Aisy Al Rees meninggal dunia dalam tidur di rumah. Bila lihat arwah sudah tak sedar, Ayu Raudhah segera hubungi ambulans.

“Jenazah kemudian dibawa ke hospital Rembau dan harapnya urusan pengkebumian dapat diselesaikan malam ini,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Berusia 6 Bulan, Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal 

Mengaku kehilangan Aisy memberi kesan mendalam terhadapnya, Che Ta berkata, ini kerana Ayu dan bayi mereka itu sering datang bermalam di kediamannya pada hujung minggu.

Selain, menyifatkan bayi tersebut juga seorang yang sangat baik.

“Memang kami terasa dengan pemergiannya kerana Aisy bayi yang sangat baik.

“Boleh dikatakan setiap minggu mereka akan datang tidur di rumah, jadi anak-anak saudara memang rapat dengan saya,”jelasnya.

Justeru, tidak mahu Ayu merasa tertekan dengan kehilangan anak bongsunya itu, Che Ta menerusi muat naik di Instagram Story berharap agar pihak yang terlibat dapat menghormati situasi yang berlaku.

Terdahulu, berita kehilangan anak bongsu pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mengejutkan ramai pihak selepas dia berkongsi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya.

Sekadar info, pelakon Ayu Raudhah sebelum ini berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan anak ketujuh mereka pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

Sumber: Instagram, Ohbulan!

Scroll to Top