Sejak pemunculan pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama anak sulungnya, Ayden Adrean ke Parlimen, rata-rata netizen teruja untuk menantikan ‘vitamin’ momen manis Bella bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Betty Rahmad bertanya kepada anak lelaki Bella iaitu Ayden Adrean mengenai Ahli Parlimen Muar itu.
BACA: Anak Sulung Bella Astillah Panggil Syed Saddiq ‘Dad’
@justfansss0 Alhamdulillah Ayden approve BASS??.Doa yg terbaik??#?? #bellaastillah #syedsaddiq #bettyrahmad #xybca #fyp
Ayden kemudian memberikan respon ‘approved’ menjawab soalan yang diberikan oleh Betty itu sekaligus membuatkan netizen teruja.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan Ayden serta ada yang mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak itu kerana ‘approved’ Syed Saddiq.
“Budak-budak tak pandai menipu. Terima kasih Ayden approved YB,” tulis seorang netizen.
“Jadi approved tu memang jawapan tepat dan sahih,” tulis netizen
“Mesti Ayden approved sebab YB buat mummy gembira dan bahagia.” komen netizen.
SUMBER: Oh Bulan