Anak Azmin Ali berfoto dengan siaran TV3, bukti keluarga tak ikut bapa ke Turki

Anak Azmin Ali berfoto dengan siaran TV3, bukti keluarga tak ikut bapa ke Turki

Anak perempuan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali iaitu Farah Amira menafikan dakwaan netizen bahawa dia dan keluarga menyertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bagi lawatan ke Turki.

Menerusi laman Twitter, gadis berusia 28 tahun itu memuat naik sekeping foto dirinya bersama beberapa ahli keluarga lain dengan berlatar belakangkan siaran televisyen TV3 sebagai bukti bahawa mereka di Malaysia.

“Tak tahu macam mana lagi nak buktikan kita orang ada dekat Malaysia,” tulis Amira ringkas.

Sebelum ini, foto Azmin dengan seorang pemandu pelancong Turki menjadi tular di media sosial apabila dilihat bergambar di lokasi percutian Hagia Sophia.

Lebih mengundang kemarahan rakyat apabila foto di laman Instagram Turkey Local Guides itu menulis kapsyen mengatakan Azmin mengunjungi Hagia Sophia bersama keluarganya.

Bagaimanapun, pengendali posting tersebut memohon maaf atas kesilapan fakta dengan menjelaskan bahawa lawatan tersebut adalah delegasi rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Walaupun sudah menjelaskan situasi sebenar, namun posting Amira tetap mengundang pelbagai kecaman netizen yang seolah-olah masih tidak percaya dengan ‘bukti’ diberikan oleh gadis berkenaan.

Orang dah bersungguh tunjuk bukti tu, susah pulak ramai tak percaya! Kan lawatan rasmi, takkan la nak bawa keluarga. Kena bersangka baik sikit ya!

Sumber: Twitter @amiraaazmin

Scroll to Top