YouTuber berusia 29 tahun, Ammar Nazhan akhirnya bersuara mengenai isu yang sedang tular melibatkan satu agensi yang mengesahkan bahawa video penemuan seorang Influencer, Eyka yang hilang dalam hutan di Bandung adalah Fake.
Minta henti sebar berita palsu
![Ammar Nazhan](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-telegram-cloud-photo-size-5-6134165368839719309-y-373x600.jpg)
Menurut Ammar, agensi tersebut tiada kaitan dengan mereka dan hanya menandatangani talent tersebut untuk job sahaja.
Kepada pihak luar yang sebar screenshoot tak betul dan menyebabkan kekeliruan media.
Jangan mengeruhkan lagi situasi ini kerana “TALENT AGENCY” tidak berkaitan dengan kejadian kami dan hanya sign as job dengan talent AMMAR NAZHAN sahaja.
Kesihatan Eka menjadi keutamaan
![Ammar Nazhan](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-670755e3-c647-475b-93f5-ee2a1805aadc.jpeg)
Selepas kejadian buruk yang menimpa mereka semasa melakukan aktiviti paranormal di hutan Bandung, Ammar buat keputusan untuk berpindah ke tempat penginapan lain kerana terdapat unsur gangguan di lokasi mereka menginap.
Kepentingan kami hanya focus pada eyka punya kesihatan kerana eyka agak murung selepas kejadian ini. Jaga sensetivity dan percakapan terhadap eyka & keluarganya.
Gangguan keras semalam dan kami terpaksa pindah villa. Kami akan keluarkan eyka harini.
#ApaKataOhmedia
Harap video penemuan Eyka di hutan itu bukan konten semata-mata. Kerana boleh memburukkan nama Negara di tengah-tengah isu kejadian Maritim Malaysia dan bot pekerja migran Indonesia.
![Ammar Nazhan Sahkan Video Influencer Malaysia Ditemui Dalam Hutan Adalah Benar! | Oh! Media Ammar Nazhan Sahkan Video Influencer Malaysia Ditemui Dalam Hutan Adalah Benar! | Oh! Media](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-1279a550-30de-4195-b39f-6cd4b4d1fc73-1000x600.png)