YouTuber, Ammar Nazhan sahkan kehilangan influencer Malaysia dalam hutan di Indonesia tempoh hari adalah benar dan bukan palsu seperti mana yang didakwa oleh pihak agensi bakat, baru-baru ini.
Jelasnya, agensi bakat hanya menandatangani kontrak dengan ahli pasukannya berkenaan kerja dan tidak mempunyai kaitan terhadap kejadian yang telah berlaku.
Ammar turut memohon segelintir individu untuk berhenti menyebarkan tangkap layar perbualan tidak benar yang hanya mengundang kekeliruan serta salah faham orang ramai.
Ammar Nazhan sahkan kehilangan influencer
@amnazhan Gangguan keras semalam dan kami terpaksa pindah villa. Kami akan keluarkan eyka harini. Kepentingan kami hanya focus pada eyka punya kesihatan kerana eyka agak murung selepas kejadian ini. Jaga sensetivity dan percakapan terhadap eyka & keluarganya. Kepada pihak luar yang sebar screenshoot tak betul dan menyebabkan kekeliruan media. Jangan mengeruhkan lagi situasi ini kerana “TALENT AGENCY” tidak berkaitan dengan kejadian kami dan hanya sign as job dengan talent AMMAR NAZHAN sahaja. Thank you 🇲🇾🇮🇩❤️
“Saya perasan ada pihak luar cakap yang benda ni adalah palsu, ada pengakuan daripada talent agency yang cakap ini semua palsu.
“Saya nak maklumkan kepada orang ramai bahawa talent agency hanya lah sign kontrak dengan talent-talent saya disini berkenaan job sahaja.
“Kepentingan kami hanya fokus pada kesihatan Eyka kerana dia agak murung selepas kejadian ini. Jaga sensitiviti percakapan terhadap Eyka dan keluarganya,” ujarnya dalam sebuah hantaran di laman TikTok, hari ini.
Artikel lain: Hilang hampir 3 hari, netizen pelik keluarga influencer tak pernah ‘muncul’ luah gusar
Bukan itu sahaja, dia yang pernah tular dengan video menjamah kentang goreng menegaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak luar adalah tidak benar sama sekali.
Dalam pada itu, Ammar berterima kasih kepada rakyat Indonesia dan Malaysia kerana tidak pernah berhenti menyokong dan mendoakan mereka.
“Cuma saya nak maklumkan statement pihak luar tu tak benar, talent agency tak sepatutnya bersuara sebab mereka tidak tahu kejadian disini. Jadi perkara ini boleh jadi satu fitnah.
“Kejadian kat sini memang betul berlaku dan tiada unsur palsu. Insiden ni kami tak minta dan terima kasih kepada warga Indonesia dan Malaysia yang saling menyokong, memberi kata-kata positif,” katanya.
Ammar Nazhan sahkan kehilangan influencer
Terdahulu, pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di dalam hutan di Bandung, Indonesia ditemukan selamat pada malam Rabu.
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai kira-kira jam 10 malam dan penemuannya dikongsikan menerusi penstriman langsung TikTok @Arasz. Menerusi perkongsian tersebut, Eyka dilihat terbaring di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Bagaimanapun, penyanyi rap Caprice mengesahkan kejadian itu adalah tidak benar semata-mata selepas dimaklumkan oleh pihak agensi bakat yang mengatakan bahawa insiden tersebut adalah palsu.
Sumber: TikTok @Ammar Nazhan