Ammar Alfian nafi pukul kekasih di Ara Damansara

Ammar Alfian nafi pukul kekasih di Ara Damansara

KUALA LUMPUR – Pelakon, Ammar Alfian menafikan tuduhan pihak yang mendakwa dia adalah pelakon yang memukul kekasih, pagi semalam.

Penafian itu dibuat oleh Ammar atau Ammar Alfian Aziz, 37, di ruangan komen setelah ditanya oleh seorang pengguna di media sosial.

“Nateh, bukan aku gila,” beserta emoji ketawa menerusi ruangan komen di Instagram.

Terdahulu, pengguna ‘cutiepiecactus’ memuat naik komen dengan memetik nama Ammar dan bertanya adakah dia pelakon yang dimaksudkan dalam laporan itu.

“Ammar Alfian ka tu? Macam sesuai dengan watak dia,” tulis pengguna itu.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang wanita mendakwa ditumbuk teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,  Asistent Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismajl berkata, keluar bersama kakak tanpa izin teman lelaki menjadi punca perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

Katanya, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa yang juga peniaga berusia 25 tahun pada pukul 6 petang semalam.

“Mangsa telah menjalinkan hubungan cinta bersama suspek berumur 37 tahun kira-kira enam bulan lalu.

“Mereka telah bertemu di Ara Damansara dan mangsa dipukul serta ditumbuk dimata sebelah kiri selepas masuk ke dalam kereta suspek,” katanya.

Tambah beliau, polis akan meminta perintah untuk siasat (OTI) daripada Pejabat Pendakwa Raya bagi memanggil suspek memberi keterangan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazete

 

Polis terima laporan pelakon tumbuk teman wanita