Ameera Khan & Jefri Nichol kongsi video ‘sweet’ bersama, netizen tetap tak beri restu

Ameera Khan & Jefri Nichol kongsi video ‘sweet’ bersama, netizen tetap tak beri restu

Personaliti media sosial, Ameera Khan dan pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol kongsi video sweet bersama bagi mempromosikan jenama terkenal telah mendapat perhatian netizen di media sosial.

Dalam video tersebut, Ameera dan Jefri dilihat begitu romantik bersama dan berlagak seperti sepasang kekasih yang berjalan sambil berpegangan tangan.

Instagram will load in the frontend.

Jefri Nichol kongsi video dengan Ameera, ramai pula tak suka

Sudah tentu hantaran berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial baik dari Malaysia mahupun Indonesia apabila meminta supaya adik kepada selebriti terkenal, Neelofa tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan aktor tersebut.

Mana tidaknya, sebelum ini Jefri pernah mengakui pernah melakukan hubungan dengan wanita lebih daripada 20 orang dalam salah sebuah program talkshow di negara terbabit.

jefri Nichol kongsi video

Artikel lain: Ameera Khan minta netizen henti kecam Jefri Nichol- “Dia sangat baik, penyayang..”

Jefri Nichol kongsi video dengan Ameera, ada kata serasi tapi…

Jefri Nichol ‘cowok redflag?’

Mereka berkolaborasi jela tu

Namun begitu, juga yang sedar bahawa mereka hanya berkolaborasi untuk jenama tersebut dan mungkin perkongsian-perkongsian sebelum ini sekadar gimik untuk pemasaran.

Kalau couple pun apa salahnya

Walau bagaimanapun, beberapa pihak turut berharap mereka bersama sebagai pasangan kekasih kerana terlihat sangat serasi apabila kedua-duanya memiliki penampilan yang cukup segak.

 

Ada yang rasa mereka bakal kahwin

Terdahulu, heboh di media sosial apabila Ameera Khan berada di Jakarta dan dilihat keluar bersama aktor kacak terbabit.

Masing-masing telah meninggalkan komen menzahirkan rasa risau terhadap personaliti media sosial itu memandangkan Jefri Nichol dikatakan ‘redflag’ oleh sesetengah netizen berikutan beberapa kontroversi yang terkait namanya sebelum ini.

Namun begitu, Ameera pernah meminta netizen berhenti mengecam Jefri kerana dia mengenali pelakon terbabit sebagai seorang yang baik dan penyayang.

Sumber: Instagram littlemisskan

Scroll to Top