Syarikat peruncit terkenal, Mydin, tampil mempermudahkan usaha pempengaruh media sosial, Khairul Aming, dalam misi membantu mangsa banjir di Kelantan.
Datuk Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin, memberi lampu hijau kepada Khairul Aming untuk mengambil barangan keperluan sebanyak mana yang diperlukan tanpa perlu melakukan sebarang bayaran segera.
Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, RM20,000 atau RM100,000, nanti selepas banjir awak bayarlah.- Kata Ameer dalam video yang kini tular di TikTok.
Dalam pada itu, Datuk Ameer turut memberikan bantuan tambahan sebanyak RM5,000 kepada pasukan Khairul Aming untuk membeli barang bantuan.
Keadaan banjir di Kelantan semakin meruncing, dengan hampir 100,000 mangsa terjejas. Khairul Aming sendiri turun padang ke Pasir Mas, dan dalam tempoh dua jam sahaja, dia berjaya mengumpul bantuan untuk 2,000 mangsa.
Inisiatif ini turut melibatkan Mydin yang menyumbang barangan keperluan kepada mangsa. Sokongan ini mengundang pujian ramai, membuktikan kekuatan solidariti rakyat Malaysia ketika menghadapi bencana.
#OhmediaNasihat
Dalam situasi krisis seperti banjir, keprihatinan dan kerjasama seperti ditunjukkan oleh Khairul Aming dan Mydin adalah inspirasi buat kita semua. Bantulah setakat mampu, kerana sekecil mana pun usaha, ia pasti bermakna buat mereka yang memerlukan.
