Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, kawasan yang dijangka terjejas termasuk di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

“Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 mm/jam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih daripada satu jam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Kawasan yang dijangka terjejas antaranya Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), manakala Terengganu (Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Selain itu, Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera), manakala di Selangor pula (Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan pula adalah Jempol dan Tampin.

Bagi Sarawak pula adalah (Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang dan Pedalaman Sabah (Sipitang, Tenom dan Nabawan) serta Tawau (Lahad Datu).

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap cuaca buruk dan mengambil langkah berjaga-jaga, terutama di kawasan berisiko tinggi seperti tebing sungai, cerun bukit dan kawasan mudah banjir. – UTUSAN

Scroll to Top