Bagi umat Islam, malam Nisfu Syaaban cukup istimewa menandakan Ramadan semakin menghampiri. Malam Nisfu Syaaban menjadi peluang kepada umat Islam memperbanyakkan ibadah serta memohon keampunan daripada Allah SWT.
Antara amalan lazim yang sering dilakukan adalah membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali. Menerusi satu video tular, Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan netizen mengenai amalan ini. Adakah sunat dilaksanakan?
Bukan baca Yasin sahaja, baca semua surah dan amalan dapat pahala
Jelas beliau, membaca surah Yasin sebanyak tiga kali bukanlah sunnah. Tetapi sesiapa yang mengamalkannya akan beroleh pahala.
Apa saja amalan kita baca pada malam Nisfu Syaaban seperti surah Al-Baqarah, surah Yasin, sembahyang sunat atau selawat semua dapat pahala di sisi Allah SWT. Jangan bergaduh bab ini.
Ustaz Azhar Idrus menggesa orang ramai tidak bertelagah mengenai amalan yang sepatutnya dilakukan kerana semuanya akan diterima Allah SWT.
Masjid kita tak buat apa, baca tahlil je tak ada masalah. Nak baca Qul Huwallāh tiga kali pun tak ada masalah.
Jelasnya lagi, jika mahu membaca Yasin sebanyak tiga kali, pastikan ianya dibaca dengan betul mengikut makhrajhuruf dan hukum tajwidnya.
Ustaz Mohamad Hadi tegur baca Yasin terlalu laju, sampai tak jaga hukum tajwid
Memetik laporan Sinar Harian, pendakwah Mohamad Hadi menegur kesilapan yang sering diremehkan akibat terlalu mengejar imbalan tertentu.
![ustaz mohamad hadi](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-ustaz-mohamad-hadi.jpg)
Tegasnya, walaupun tiada dalil khusus yang menyebut tentang keperluan membaca Yasin pada malam ini, tidak bermaksud ia dilarang.
Tambah beliau lagi, membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban pada adatnya, bukanlah sesuatu yang disyariatkan dalam agama mahupun sunnah.
Cuma kita yang adakannya, tetapi saya perhati, baca pula (Yasin) terlalu laju sampai tak jaga hukum tajwid, panjang dan pendek makhraj sama sahaja. Sebaiknya, kita tidak mahu bacaan yang lagha dan tidak dapat pahala.
Sebaliknya, membaca al-Quran pada bila-bila masa adalah sesuatu yang digalakkan, asalkan dilakukan dengan tertib dan tidak secara tergesa-gesa.
Sementara itu, PU Amin juga menyenaraikan beberapa amalan yang boleh dibuat oleh seluruh umat Islam pada malam ini. Sama-sama kita amalkan.
![Amalan Baca Surah Yasin 3 Kali Nisfu Syaaban, Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan | Oh! Media Amalan Baca Surah Yasin 3 Kali Nisfu Syaaban, Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan | Oh! Media](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-ustaz-azhar-idrus-1000x600.jpg)