Alyah tak berani tinggalkan Izzara

Alyah tak berani tinggalkan Izzara

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi, Datin Alyah, 43, mengambil keputusan membawa anak angkatnya, Nur Izzara yang kini berusia enam bulan ke lokasi persembahannya untuk program Twomee Road Tour Makeup Class yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, hari ini. 

Alyah yang juga Duta Twomee berkata, suaminya, Datuk Ramli MS kini terbabit dengan rakaman program Projek Bapak-Bapak di luar negara sekali gus membuatkan dia bimbang untuk meninggalkan Zara dengan pembantu rumah.

“Saya ada dua pembantu rumah tapi saya tak berani nak tinggalkan dengan mereka. Jadi, saya memang akan bawa Zara dan seorang pembantu rumah ke mana-mana lokasi persembahan saya untuk tempoh 20 hari dia tiada. 

“Kalau Tok Ram ada di rumah dan sekiranya berlaku apa-apa pada Zara, dia boleh balik atau saya boleh balik tengokkan. Sekarang saya seorang dan kenalah bawa dia ke mana sahaja. 

“Nak pergi show mana-mana pun saya sediakan diri saya selengkapnya termasuk bilik supaya penganjur tiada masalah,” katanya.

Menurutnya, kehadiran Zara yang dijaga sejak berusia tiga bulan tidak pernah dirasakan membebankan dirinya. 

“Tak rasa apa-apa walaupun hari ini saya kena patah balik ke rumah dua kali antaranya sebab bubur nasinya tertinggal. Nak tak nak kenalah balik ambil. 

“Untuk show atau bekerja, saya ada pembantu peribadi dan pembantu rumah untuk bantu sediakan apa yang perlu. Tapi kalau untuk berjalan-jalan, saya sediakan sepenuhnya.

“Contohnya kalau nak keluar ke mana-mana bawa Zara ia tanggungjawab saya sediakan semuanya tanpa bergantung kepada mereka,” katanya.

Dalam program ini, Alyah menghiburkan 100 peserta bengkel solekan serta beramah mesra dengan mereka. 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top