Kemalangan melibatkan enam buah kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang bertukar tragedi selepas seorang penunggang motosikal dalam kemalangan terbabit, Allahyarham Aysar Zahran, meninggal dunia.
Allahyarham Aysar Zahran bukan sahaja seorang pelajar cemerlang malah disenangi rakan mahupun pensyarah di Professional Accountancy Centre – TYMBA Education.
Hilang seorang permata negara…
Melalui hantaran di laman Facebook milik TYMBA Education, Allahyarham Aysar Zahran merupakan penerima biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA.
Pencapaian luar biasa Aysar, termasuk meraih tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua di dunia bagi kertas Management Information 1 (MA1) dalam peperiksaan FIA pada Disember 2023, amat membanggakan kami. -TYMBA EDU.
Menerusi hantaran tersebut, jelas menunjukkan bukan sahaja institusi pengajian itu kehilangan seorang permata malah buat negara Malaysia.
Allahyarham Aysar Zahran sempat meminta maaf…
Wajah Allahyarham yang tidak lokek dengan senyuman membuatkan rakan-rakan dan keluarga pasti merinduinya. Rakan Allahyarham berkongsi, arwah sempat meminta maaf dan bertanya jika ada hutang.
Ketika itu, arwah secara tiba-tiba meminta maaf kepada kawan-kawan dan bertanya sekiranya dia ada berhutang dengan kami. Tetapi selepas itu dia kembali perangai seperti biasa, dan ajak main game (permainan video). – Katanya.
Selain itu, pensyarahnya, Gary Danny turut memberi gambaran tentang perangai Allahyarham yang sangat peramah, disenangi ramai orang dan murah dengan senyuman. Kehilangan ini pasti akan dirasai ramai terutama mereka yang kenal akan insan bernama Aysar Zahran
Menang World Prize Pertama Di Malaysia…
Mengimbau kembali kenangan manis bersama Allahyarham, pensyarah itu juga terkenang gelagat dan reaksi Allahyarham Aysar Zahran ketika dia memberitahu arwah memenangi menduduki tempat pertama daripada ribuan pelajar Program Asasi Perakaunan yang menduduki peperiksaan MA1 di seluruh negara dan kedua terbaik dunia.
Bila dapat tahu keputusan itu, saya terus call dia, saya cakap ‘Aysar, you tahu tak you dapat world prize winner pertama di Malaysia?’ Saya cakap begitu, kemudian kami berdua menjerit gembira dalam telefon, itulah memori paling saya ingat sekali dengan dia. – Katanya.
Selain itu, Gary juga mendedahkan Allahyarham Aysar Zahran bercita-cita menjadi auditor di syarikat ternama supaya dapat membantu menaikkan taraf hidup keluarga.