Alisson mungkin diketepikan menentang Bournemouth

Alisson mungkin diketepikan menentang Bournemouth

London: Pengurus Liverpool Arne Slot mendedahkan penjaga gol Alisson Becker mungkin tidak dapat beraksi ketika menentang Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam esok.

Kecederaan hamstring Alisson yang dialami sejak beberapa minggu lalu bertambah serius ketika menang 3-1 di AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara pada Rabu lalu.

Penjaga gol antarabangsa Brazil itu beraksi setiap perlawanan untuk Liverpool musim ini, tidak dibolosi dalam lima perlawanan semua kejohanan dan ketiadaannya memberikan tamparan hebat kepada Liverpool yang bersaing memburu gelaran liga.

Penjaga gol Ireland Caoimhin Kelleher dijangka mengambil alih tugas Alisson jika dia tidak dapat diturunkan menentang Bournemouth di Anfield.

“Alisson masih tidak dapat dipastikan dapat berlatih hari ini. Jika tidak, dia tidak akan bermain. Dia menghadapi masalah pada salah satu ototnya,” kata Slot kepada wartawan hari ini.

“Kami tak pasti sama ada perlawanan esok terlalu awal atau tidak. Kecederaan itu bukan berlaku ketika menentang Milan, ia berlaku sebelum itu tetapi selepas perlawanan dengan Milan, ia semakin teruk.

“Kini kami perlu tunggu dan lihat sama ada dia sedia beraksi esok atau perlu menunggu beberapa hari lagi,” katanya lagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top