Aliff Syukri Jual Wisma D’Herbs, Harga Cecah RM28 Juta | Oh! Media

Aliff Syukri Jual Wisma D’Herbs, Harga Cecah RM28 Juta | Oh! Media

Selepas sedekad beroperasi, Wisma D’Herbs milik usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri kini sedia untuk dilepaskan.

Bangunan tiga tingkat yang terletak di Seksyen 8, Kota Damansara itu dikatakan dijual pada harga RM28,384,500, manakala bagi yang berminat untuk menyewanya, kadar sewa ditetapkan pada RM120,000 sebulan.

Perkara ini dimaklumkan oleh seorang ejen hartanah, Faizal, yang berkongsi butiran berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook. Menurutnya, bangunan tersebut telah dilengkapi dengan perabot serta kelengkapan yang membolehkan penyewa atau pembeli terus menggunakannya tanpa perlu sebarang ubah suai besar.

Wisma penuh kenangan, tapi perlu beralih sebab…

Terdahulu, Aliff Syukri berkongsi bahawa keputusan menutup Wisma D’Herbs bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia telah beroperasi selama 10 tahun dan menyimpan pelbagai kenangan bersama pekerja.

Menurutnya, salah satu faktor utama penutupan adalah keperluan untuk mencari lokasi yang lebih besar bagi menampung bekalan barangan yang semakin bertambah.

Lokasinya sangat strategik juga berhampiran dengan MRT Kwasa Sentral, jalan kaki 3-5 minit sahaja sampai.- Katanya.

Selain itu, langkah ini juga diambil untuk memastikan keselesaan pekerjanya dalam menjalankan operasi perniagaan.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia perniagaan, perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Keputusan seperti menjual aset syarikat atau berpindah ke lokasi lain adalah sebahagian daripada strategi untuk terus berkembang.

Bagi usahawan, perkara paling penting adalah memastikan operasi perniagaan kekal stabil dan mampu beradaptasi dengan keperluan semasa.


Scroll to Top