Aliff Aziz Dan Ruhainies Pilih Kunci Mulut, Peguam Jawab Isu Berkaitan Tukar Penjamin | Oh! Media

Aliff Aziz Dan Ruhainies Pilih Kunci Mulut, Peguam Jawab Isu Berkaitan Tukar Penjamin | Oh! Media

Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat mengambil pendekatanuntuk berdiam diri selepas sebutan kes pertuduhan khalwat melibatkan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Menerusi laporan Oh Bulan, peguam mereka, Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani, memaklumkan tindakan tersebut diambil kerana kedua-dua anak guamnya mahu menghormati prosiding mahkamah.

Mereka memilih untuk mendiamkan diri mungkin kerana tidak mahu mendahului prosiding mahkamah.

Tambah beliau lagi, Aliff dan Ruhainies kini lebih fokus kepada kes dan tidak mahu memberikan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu perjalanan prosiding.

Tiada sebarang ketegangan yang berlaku antara anak guam dan pihak pendakwa. Semuanya okay, tiada apa-apa yang berlaku.

Biasalah, itu prosiding yang teratur dan berjalan seperti mana yang diarahkan oleh mahkamah.

Dalam prosiding tersebut, berlaku pertukaran penjamin bagi Aliff Aziz. Peguamnya menjelaskan bahawa penjamin sebelum ini, Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas, tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya kerana urusan kerja.

Penjamin Aliff Aziz yang sebelum ini ada komitmen kerja.

Penjamin ini bukan sekadar di atas kertas sahaja tetapi ada obligasi untuk memastikan kehadiran orang yang dijamin.

Kami dah maklumkan kepada mahkamah mengenai penukaran penjamin dan mahkamah meluluskannya atas alasan-alasan yang wajar untuk pertukaran tersebut.

Mahkamah juga menetapkan bahawa perbicaraan kes ini akan ditangguhkan ke tarikh baru, iaitu pada 20 dan 27 Februari tahun hadapan. Tempoh jaminan bagi kedua-dua tertuduh juga dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.

Terdahulu, pada 9 Mac lalu, Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara.


Scroll to Top