Akui silap tak konsisten berhijab, Nelydia Senrose mohon maaf

Akui silap tak konsisten berhijab, Nelydia Senrose mohon maaf

Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku kerana dirinya masih baru dalam penghijrahan.

Malah, adik kepada pelakon Uqasha Senrose mengakui dirinya hanyalah manusia biasa yang adakalanya iman naik dan turun dan ia bukanlah sesuatu perkara mudah bagi seseorang yang baru berhijab sepertinya untuk kekal istiqamah.

Bagaimanapun, Nelydia berharap agar orang ramai dapat mendoakan dirinya kekal memakai hijab sepenuhnya lebih-lebih lagi dirinya baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah haji bersama suami tercinta, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

“Doakan agar saya diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab. Selama ini pun memang saya mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri.

Tambah Nelydia, dirinya yakin keputusan untuk berhijab adalah pilihan yang terbaik cuma perlu berpendirian teguh selain meminta ramai mendoakannya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.

Terdahulu, Nelyida dilihat mengenakan tudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada Disember tahun lalu dan penampilannya itu menerima pujian dan doa daripada ramai pihak. Namun, apa yang mengejutkan dirinya tidak lagi mengenakan hijab semasa bercuti di Bali, Indonesia beberapa bulan lalu bersama ahli keluarganya.

Sekadar info, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Scroll to Top