Akta Antigangguan Seksual 2022 perlu dipinda

Akta Antigangguan Seksual 2022 perlu dipinda

am@hmetro.com.my

Kuching: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan pindaan ke atas Akta Antigangguan Seksual 2022 bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas organisasi yang gagal menangani kes gangguan seksual membabitkan kakitangannya.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu telah dibincangkan di peringkat kementeriannya.

Menjelas lanjut, beliau berkata, akta sedia ada hanya menggariskan tindakan undang-undang terhadap individu dan bukan organisasi.

“Antara perkara yang perlu dipandang serius untuk pindaan adalah dengan memasukkan unsur akauntabiliti melibatkan organisasi yang sengaja mengabaikan laporan gangguan seksual oleh kakitangannya,” katanya pada sidang media selepas Program Jiwa Komuniti MADANI@Parlimen peringkat Parlimen Santubong di Mydin Petra Jaya, di sini, hari ini.

Nancy juga menggesa agar mangsa gangguan seksual menggunakan saluran yang betul untuk membuat laporan termasuk Tribunal Antigangguan Seksual yang beroperasi sejak Mac tahun ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd