nooratiqah.sulaiman@bh.com.my
Kuala Lumpur: Akaun X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses sejak hari ini.
Pejabat Dr Mahathir memaklumkan, pihaknya kini sedang cuba mendapatkan kembali akaun berkenaan yang mempunyai 1.3 juta pengikut.
Sebelum ini, akaun bekas Ahli Parlimen Langkawi itu disalah guna dengan memuat naik hantaran iklan berhubung mata wang kripto.
Bagaimanapun, selepas sejam ia dimuat naik, hantaran berkenaan sudah dipadam.
© New Straits Times Press (M) Bhd