Kalau pada edisi sebelum ini, Kumpulan Masdo mengaku Aina Abdul adalah peserta yang diramalkan bakal membawa pulang gelaran Juara Lagu Ke-38.
Namun, untuk Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39), Masdo memilih penyanyi Nadeera Zaini untuk merebut gelaran itu.
Kata Ali Sariah selaku vokalis dan gitaris, secara peribadi dia memilih Nadeera dek kerana merasakan lagu Bukan Lagi Kita mempunyai potensi untuk menang.
Selain menyifatkan lagu tersebut mempunyai aura yang luar biasa.
“Secara peribadinya saya meramalkan Nadeera ada potensi untuk menjadi juara AJL kali ini.
“Memang sesuatu lagu tu dan ia sangat luar biasa,” katanya ringkas.
Terdahulu, Masdo memaklumkan mereka bakal membawakan sesuatu yang berbeza kepada penonton termasuklah elemen kejutan.
“Kita membawakan sesuatu yang berbeza daripada Masdo sendiri.
“Kami akan mengetengahkan muzik tradisional tapi tidak terlalu old school dan mempunyai touch modern juga.
“Dari segi outfit kita memang pakai tradisional dan akan ada sesuatu yang berlaku diatas pentas.
“Memang kita nak mengangkat elemen tradisional dan juga moden supaya orang sekarang boleh terima dan ia boleh dibawa sampi bila-bila,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:AJL39: Ketengah Muzik Tradisional Dengan Sentuhan Moden, Masdo Bakal Tampil Dengan Kejutan – “Ia Sesuatu Yang Berbeza Dari Kami”