Ajar anak bersedekah di Madinah, ramai kagum dengan didikan Puteri Sarah 

Ajar anak bersedekah di Madinah, ramai kagum dengan didikan Puteri Sarah 

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia telah melakukan Program Sabil di bumi Madinah dengan memberikan sedekah berbentuk makanan kepada para jemaah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di laman Instagramnya, dia bersama anaknya serta beberapa orang invividu yang lain tampil membantu dalam memberikan makanan kepada jemaah yang berada di kawasan sekitar masjid Nabawi, Madinah.

Ujar pelakon yang berusia 37 tahun itu lagi, dia telah terjumpa dengan seorang jemaah yang berasal dari Egypt yang begitu akrab dan menyayangi anak lelaki, Syaikhul Islam.

“Program Sabil di Bumi Madinah. Terjumpa orang Egypt, masya-Allah sayang betul dekat Syaikhul Islam.” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Susulan itu, menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman TikToknya, ramai yang meluahkan rasa kagum dan sebak apabila melihat Puteri Sarah mendidik anaknya dalam memberikan sedekah kepada jemaah lain.

@annahmardhiahams

i plak y mnangis esak2 tgok …sebak sunnguh suasana kt sana ya allah….moga dimpmudah kn sgl urusan psl kt sana ya..sayang sarah lillahitaala…#teamputerisarahliyana #tpsl #sarahimsanbertuah #puterisarahliyana #makka_al_mukarrama #madinahalmunawaroh #fyp @Puteri Sarah liyana

♬ bunyi asal – annah – annah

Dalam pada itu, ramai yang berharap agar Puteri Sarah sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaannya dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan selalu.

Sekadar info, Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada 8 mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana, TikTok @annahmardhiahams

Scroll to Top