Tindakan pelakon dan pelawak, Ajak Shiro menghadiahkan cawangan baru perniagaannya kepada Ebby Yus mencuri perhatian.
Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di TikTok, Ajak kelihatan berkunjung ke kediaman pelakon itu sebelum membawanya ke cawangan baharu restorannya yang terletak di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Kata Ajak atau nama penuhnya, Mohd Hanafi Razak dia berbesar hati untuk menghadiahkan cawangan terbaru tersebut kepada pelakon berkenaan.
“Kita kidnapped dia kejap. Berjaya bawa abang Ebby pergi jalan-jalan. Alhamdulillah semakin sihat.
“Dia ingat, dia je boleh buat surprised dekat kita masa sia datang makan haritu. Tapi kali ni saya pula buat surprised dekat dia,” katanya.
Terkejut apabila dimaklumkan bahawa restoran baru itu dihadiahkan kepadanya, Ebby bagaimanapun tersenyum apabila dimaklumkan mengenai hajat Ajak itu.
“Macam aku cakap, aku tiada daya upaya ni semua atas urusan Allah SWT. Allah angkat itulah dia.
“Allahuakbar, semoga Allah sahaja yang dapat membalas dan semoga rezeki yang diturunkan Allah untuk kita berkongsi.
“Terima kasih banyak, aku pun tak sangka dapat sarung baju ini, dah siap nama rupanya,” jelasnya.
Dalam hantaran sama, Ebby turut menandatangani kontrak yang telah disediakan.
@ajakshiro_ Kita kidnapped kejap dia. Berjaya Ajak bawak Abg Abby pergi jenjalan. Alhamdulillah semakin sihat..Tengoklah cara dia bercerita..Bunyi macam bapak2 kan? Sebab tu korang jangan kenal dia, nanti korang sayang..😁 Dia ingat dia je boleh buat suprise kat Ajak masa dia datang makan kat kedai hari tu. Kali ni Ajak pulak buat suprise kat dia.. Insyallah Bang, banyak sama kita kongsi, sikit sama kita rasa.. . Atas sokongan korang semua, cawangan Bumbu Babah Abg Ebby Yus akan dibuka di Central Market.. Insyallah opening minggu depan.. . Yang banyak dm Ajak tanya mana nak jumpa Abg Ebby Yus. Cari dia kat Central Market .Kita ramai-ramai support dia kt sana ye… . Ni la partner baru Ajak..Kamu suka tak? Doakan ye.. . @bumbubabah_hq . #mybuddy ♬ Islam – Lafina
Terdahulu, Ebby Yus dilaporkan mengalami masalah jantung dan buah pinggang termasuklah pernah menjalani pembedahan kecil pada bahagian perutnya.
Dan sehingga kini, dia masih menjalani rawatan dialisis.