Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa sedih atas pemergian anak saudaranya, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Mohammad Zaquan yang berusia 6 bulan.
Menurut Che Ta, dia rapat dengan anak-anak Ayu Raudhah kerana mereka sering tidur dirumahnya serta menyifatkan arwah Aisy bayi yang baik.
BACA: Anak Bongsu Ayu Raudhah Meninggal Dunia Dalam Tidur
“Dia baby yang baik amat-amat. Mereka kan selalu datang tidur di rumah, jadi memang rapatlah dengannya (arwah). Boleh dikatakan setiap minggu Ayu dan anak-anak datang bermalam di rumah saya.
“Jadi hubungan saya dan anak-anak Ayu memang sangat rapat. Hari ni usianya genap enam bulan sembilan hari,” katanya.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Che Ta dilihat memuat naik gambar Aisy serta teringat momen dia memberikan susu pada anak saudaranya itu.
‘Teringat-ingat Mak Ngah berikan susu, pergilah sayang,” tulisnya.
Terdahulu, berita pemergian Aisy Al Rees dikongsi bapanya yang juga pemain bola sepak Zaquan Adha menerusi Insta Story. Che Ta memaklumkan anak bongsu Ayu itu meninggal dunia dalam tidur kira-kira jam 1 tengah hari.
SUMBER: Sinar Harian