Selebriti media sosial, Aisar Khaledd tampil menjelaskan kekeliruan segelintir warganet terhadap video yang dikongsi sebelum ini berhubung tindakannya mengislamkan seorang lelaki.
Menerusi laman Instagram, Aisar yang juga pelakon baharu berkongsi satu lagi video dengan menegaskan bahawa saudara baharu itu memeluk Islam dengan rela hati dan bukan paksaan seperti dakwaan segelintir individu.
“Saya mengajak dia masuk Islam, saya tidak pernah memaksa dia. Saya akan bawa dia dibimbing insya-Allah,” tulis pelakon berusia 21 tahun itu.
Berdasarkan video berdurasi 44 saat tersebut, pelakon kacukan Melayu-Jordan itu dilihat mendengar permasalahan yang diceritakan oleh lelaki berkenaan sebelum menghulurkan makanan serta minuman.
“Orang tak tahu sebelum saya mengajak dia masuk Islam, sahabat menceritakan masalah hidup dia. Saya menjadi pendengar yang baik.
“Kemudian saya belanja dia air dan makanan. Saya cakap dekat dia, sedekah takkan rugi. Sebelum saya balik, terdetik untuk mengajaknya masuk Islam.
“Dia setuju untuk masuk Islam, saya langsung tak paksa dia. Saya memberitahu dia kebesaran Allah SWT. Alhamdulillah dia terima Islam. Saya akan membawanya untuk dibimbing,” tulisnya dalam video tersebut.
Terdahulu, pendekatan dakwah Aisar dipersoal warga Twitter yang disifatkan tidak layak untuk mengislamkan saudara baharu kerana sering menghasilkan ‘content’ yang mengundang kecaman ramai sebelum ini.
Ikhlas betul dakwah dia sampai minta spam love sampai 200 ribu beb. https://t.co/ksh98Cdf98
— brgsjks 🏴 (@brgsjks) September 27, 2021
this is not how we do street da’wa. He’s basically disrespecting other religions with his words
dear Aisar Khaled, please don’t speak at all if you don’t have enough knowledge on Islam. Islam is not only abt what “you think and feel” on a personal level😭 https://t.co/YE2aWmr4Az
— – (@danishnm6) September 27, 2021
Aisar Khaled, lelaki yang hidup hanya untuk bermegah-megah dengan populariti, bila dah kurang orang bagi perhatian, dia create another issue. Hahshah orang kaya bodoh, lepastu artis yang support dia sama jugak bodoh, makan taik la semua.
— Pijan (@Afdlizan) September 27, 2021
Sumber: Instagram Aisar Khaledd